Friday, 25 December 2015

Lamaran

Bismillah..
Tajuk di entry "lamaran" bukan bermaksud aku nak kena khitbah ke apa. Tak !

Lamaran yang aku maksudkan..
Lamaran memegang jawatan dalam persatuan..

Malam ni aku dapat lamaran drpd tuan presiden. 
Menanyakan soal persetujuan aku utk terima jawatan sbgai MT dlm prsatuan.

Pada mulanya, aku nak tolak. Serious nak tolak.

Tapi,
"InshaAllah, bg sy muhasabah malam ni. Klu ad rasa yg x elok. Sy tolak."

Terus.. Terus aku whatsapp bonda!
Tp mungkin salah aku jugak. Whatsapp bonda malam-ii mcm ni..

Lepas ditanyakan hal ini pd bonda.
Terus.. Terus!! 
"Tak payah."
Nada serious.
Ya Allah, mungkin jawapan ini drpdMu? Atau mungkin jawapan drpd perasaan penat bonda ku?

Lantas aku..
"Betol ni tak payah? Tapi umi, dibah perhatikan biah solehah dlm sukan kuis ni makin hilang. Mana tahu dibah boleh cuba utk wujudkan balik?"

Terus bondaku.
"Umi masuk tidur dulu ya dibah"

Allahuakbar, mungkin aku tak patut tnya soalan wktu2 mcm ni. 

Takpe lah umi. :)
Kita ikut saja flow yg Allah buat. 
Allah dah buat yg terbaik inshaAllah.

Jom sama-sama husnuzzon dengan Allah.

Selamat malam :)

Wednesday, 23 December 2015

Pakar

Aku tak pakar dalam bab menolong orang.
Aku tak pakar dalam bab mengajar orang.
Aku tak pakar dalam menjaga hati orang.
Aku tak pakar dalam mendidik jiwa sendiri.
Aku tak pakar nak buat orang lain bahagia.
Aku tak pakar dalam banyak perkara.
Kalau nak aku listkan semua ketidak pakaran aku. Mungkin habis satu blog ni aku listkan.
Cuma satu yang aku pakar.
Pakar dalam memalsukan senyuman.
:)

INI BUKAN AIB. INI AKU .

Tapi ,
Aku harap.
Satu hari nanti, semua perkataan "tak" di atas. Pergi slow2. 
Ya, aku cuba !

Wednesday, 16 December 2015

The best wefie ever :')

*sambil menunggu ust halim dtg*
Entry kali ni xde point2 penting punn, cuma aku berminat nk msukkan moment ni dlm entry aku.
Supaya apa tau, supaya nnti2 klu Allah tarik nikmat ingatan aku, pstu aku trdetik bukak blog aku ni, benda yg akn aku nampak.. Entry ni! Entry yg tk berapa penting bg korang tapi penting bg aku.



Hari ni hari khamis, bersamaan 17hb 12 2015. Waktu 14:41 . 
Sedar dalam tak sedar, "teen" dlm usia dah hampir di hujung tanduk. Haha, ape ni dibot -_- . "Lawak kau tak sampai duhh"

Kesah pulak! Blog aku,tulisan aku. Haa
Sekarang aku berada dalam kelas yg besar yg x berapa nak sejuk.
Duduk di sebelah chut raihan. My bestie <3.

Takk, actually xde cerita nak diceritakan puun kt sini. Cuma nak lampirkan satu gmba "the best wefie ever" hahaha.

Dialog dia cmni :

Farisha : ha meh meh phone tu nk selfie.

Anis,chut,aku : ha cepat cepat.

Kayyy. Pastu farisha tekan lah kt 'button camera'

Tiba-tiba......


*timer* 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 

Hahahaha. Soooo, jadi lahh gmba dia mcm niii :') :')



Monday, 14 December 2015

Tazkirah.

SubhanAllah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca setia, pagi tadi jari-jemari ni merungut.. Dia kata "taiplah walau satu huruf." 
Ye ye baiklah, tengah taip lah ni !

Pagi tadi aku ditugaskan bg tazkirah dekat halaqah anak murid ustazah fatin. Ketar lutut tu wajib ada, walaupun halaqah aku ni dalam 15 org pelajar je. Dah, taknak ulas panjang2 aku berucap macam mana. Hanya yg terlibat dlm halaqah tu je yg menyaksikan bahasa badan yg dimainkan. Allahuakbar :')

Tajuk : Ganjaran amalan membaca al-Quran sebelum subuh setiap hari.

Suka aku selitkan nasihat Ust.Dusuki Abdul Rani ;
"Bacalah al-Quran seperti mana kamu makan setiap hari. Makanan itu sebagai makanan jasad yg akan reput suatu hari nanti. Manakala al-Quran itu sebagai makanan roh kita yg kekal hingga hari akhirat."

"Rasulullah s.a.w menceritakn dlm hadith baginda bhwa tatkala kematian brlaku pda seorang anak Adam,al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pd hujung kpalanya dgn syarat apabila al-Quran dibaca setiap hari sblum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yg membalut jasad kita shingga diusung ke kubur. 
Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akn bergerak ke hadapan wajah kita dan akan menghalau amalan-amalan sperti solat,puasa,zakat,haji. Tapi hanya satu shja malaikat x boleh nak halau iaitu amalan membaca al-Quran sblum subuh.

"Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita.Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari." 

Last skli, ust Fatin tutup halaqah dgn satu nasihat , ustzh suruh amalkan baca ayat dari surah ali-Imran, ayat 190-200.
Baca setiap hari sebelum subuh, dan kita akan rasa satu kelainan dalam diri kita.
Aku : "Kelaianan macam mana ustazah?"

Ustazah aku senyum , "Kamu buat,kamu rasa"

WaAllahua'lam. :)