Monday, 29 February 2016

"Andai Rambut Bersuara"

||Andai Rambut Bersuara|| Khas kepada wanita||

"Tuanku, baluti aku.Aku mohon sangat-sangat." desak aku. Satu persatu titisan air mataku keluar tanpa keinginanku. Sedih kerana langsung tidak diendahkan oleh si dia. "Hai manusia, kenapa kau masih ego? Sudah bertahun-tahun aku mohon supaya kau membaluti aku!" Teriakan ku masih lagi tidak mendapat sebarang respon daripadanya. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, rupanya ramai lagi yang senasib dengan ku. Dari setiap sudut, aku dapat mendengar pelbagai rintihan dan tangisan daripada kaum kerabat ku. Ada yang menghamburkan  kemarahan. Ada juga yang merintih sedih. Pilu di hati makin menyelubungi perasaanku.

Tepat jam 1200 tengah hari, matahari memancarkan sinarannya seolah-olah mahu aku memperkasakan lagi teriakan ku. Aku mendongak ke langit mencari awan untuk meredupkan ku daripada panas terik sang matahari. Tapi malangnya , sang awan langsung tidak mengasihani aku malah pergi jauh dari situ. Tiba-tiba aku terdengar satu suara dari arah belakang. Segera aku menoleh ke arah suara itu. Aku dapati, sehelai kain bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah jambu kemas terletak di atasnya. Cantik. 

"Wahai tuanku, balutlah aku seperti si dia. Sungguh aku cemburu dengannya. Dia kelihatan sangat cantik dibaluti seperti itu," bisikku kepada sang tuan. Amarahku semakin memuncak apabila tuanku masih lagi tidak mengendahkan permintaanku. Malah membiarkan aku terbakar kepanasan. Sungguh kau tuli wahai manusia. Sungguh kau zalim terhadap ku iaitu diri kau sendiri! Aku tunduk malu dengan si dia yang kemas dibaluti kain bercorak bunga itu. Si dia semakin mendekati aku dan semakin jelas suaranya dapat didengari.

"Alhamdulillah, syukur kerana aku mendapat tuan yang cukup menyayangi aku. Dia memahami kehendak aku. Setiap kali ingin meninggalkan rumah, dia akan membaluti tubuhku dengan sehelai kain yang cantik dan labuh. Aku sungguh gembira ya Allah. Aku berasa selamat bersama dengannya. Ya Allah, tuanku menjaga aku dengan sempurna. Dia hanya memperlihatkan aku hanya pada yang halal. Dia hanya menghiasi aku untuk tatapan sang suami. Sungguh aku berasa bagaikan mahkota yang sungguh cantik dan "limited edition". Ya Allah, lindungilah aku daripada seksaan api neraka ." 

Selepas mendengar rintihan si dia yang "cantik" itu td, hatiku hancur berkecai. Nafasku turun naik menahan sebak yang teramat sangat. Terus aku pergi dari si dia  dengan berbekalkan takungan air yang hampir pecah. Langkah demi langkah aku terhenti apabila mendapati banyak mata memerhatikan keadaanku. Malangnya, setiap mata itu langsung tidak ada reaksi simpati terhadapku malah aku mendapat tohmahan dan ejekan daripada mereka. Aku lari sekuat hati meninggalkan tempat itu. Setelah penat, aku tertidur.

Aku terjaga dan mendapati aku berada di satu tempat yang luas. Tiada titik permulaan dan pengakhiran. Sungguh aneh. Tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang kuat dan garang memanggil nama ku. Aku mencari-cari dari arah mana suara itu datang. Aku takut lalu bersujud.

"Ya Allah, ketika hidupku di dunia, tuanku tidak pernah melindungi aku. Dia membiarkan aku tanpa pakaian. Aku malu ya Allah. Acap kali juga, dia membiarkan aku disentuh oleh tangan-tangan yang diharamkan menyentuhku. Dia lebih suka dibelai walaupun aku tidak meredainya. Setiap hari aku cemburu dengan rakan-rakanku yang cantik berpakaian. Sungguh jiwaku terseksa. Hatiku pedih dengan sikap egois tuanku. Ya Allah !" jeritku pada waktu itu. Namun, yang hanya aku dengar, gemaan suara aku yang datang dari pelbagai arah. Aku berlari sekuat tenaga mencari jalan keluar dari tempat itu.

Aku terjaga daripada tidur, dan terkejut kerana mendapati tubuhku dibelai oleh tangan yang tidak aku kenali. Lantas aku berkata, "Wahai manusia yang zalim! Jika benar ini yang kau mahukan, aku akan tunggu kau pada hari yang telah dijanjikan. Pada hari itu, mulutmu akan dikunci dan aku akan bersuara. Akan aku luahkan segala isi hati yang terpendam. Rasakanlah azab daripada Tuhanmu. Sesungguhnya janji Allah itu pasti." sinis teriakan ku.

Selepas detik itu, aku menenggelamkan diri dan berjanji akan muncul pada hari yang telah ditetapkan. Pada hari itu, baru kau tahu bahawa kau salah wahai tuanku yang zalim. 

Yang benar,
Rambutmu.

||dba_ysna||cerpendek||
||010316|| 04:00am||

Saturday, 27 February 2016

"ustaz Serban"

"Ustaz Serban"

Aku melangkahkan kakiku ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa dengan debaran apabila melihat pelbagai ragam manusia. Langkah kaki ku ke dalam dewan utama itu terhenti apabila terdengar satu suara yang cukup ku kenali. Lalu ku terpandang sosok tubuh yang berjubah hitam dengan lilitan serban yang kemas. Nada ucapannya yang lembut namun terdapat ketegasan di dalam setiap bait kata-katanya. Pantaslah, beliau mudah didampingi oleh masyarakat atas sifat kemesraan yang ada pada dirinya. 

Anak jati negeri Pulau Pinang, dilahirkan pada 14 Nov 1984. Segulung Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shoubra kemas di dalam genggamannya. Kini beliau juga sering kelihatan di kaca televisyen dan kedengaran suaranya bergema di corong-corong radio dalam seni dakwah. Beliaulah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 

Kata orang, beliau amat digilai oleh masyarakat terutamanya Mahasiswi Kuis, namun begitu Don Daniyal sudahpun berumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata. Tugas Ustaz Don di Kuis adalah sebagai seorang pensyarah. Disamping mengajar, beliau tetap aktif memberi kuliah agama di masjid al-Azhar. Lamunan ku terhenti tatkala seseorang mencuit bahuku dari belakang. Ku menoleh. "Siti kan?" sapanya. Aku mengiyakan pertanyaan dengan senyuman. Rupanya dia temanku dari sekolah lama. "Alhamdulillah, ada juga orang yang aku kenali di sini." aku bermonolog sendiri. Lalu kami duduk di suatu sudut di dalam dewan itu. Aku menceritakan apa yang bermain di fikiran ku sebentar tadi tentang Ustaz Don. Kawan ku ketawa kecil. Aku kebingungan melihat telatah kawan ku. "Apa yang lucunya Sarah?" tanyaku. Sarah hanya menghadiahkan sebuah senyuman manis seolah-olah ada sebuah cerita di sebalik senyuman itu. Perbualan kami terhenti di situ apabila ajk pendaftaran memanggil kami untuk berkumpul.

||adibah alias||teamwork||
||28 Februari 2016||10.00am||