Saturday, 27 February 2016

"ustaz Serban"

"Ustaz Serban"

Aku melangkahkan kakiku ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa dengan debaran apabila melihat pelbagai ragam manusia. Langkah kaki ku ke dalam dewan utama itu terhenti apabila terdengar satu suara yang cukup ku kenali. Lalu ku terpandang sosok tubuh yang berjubah hitam dengan lilitan serban yang kemas. Nada ucapannya yang lembut namun terdapat ketegasan di dalam setiap bait kata-katanya. Pantaslah, beliau mudah didampingi oleh masyarakat atas sifat kemesraan yang ada pada dirinya. 

Anak jati negeri Pulau Pinang, dilahirkan pada 14 Nov 1984. Segulung Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shoubra kemas di dalam genggamannya. Kini beliau juga sering kelihatan di kaca televisyen dan kedengaran suaranya bergema di corong-corong radio dalam seni dakwah. Beliaulah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 

Kata orang, beliau amat digilai oleh masyarakat terutamanya Mahasiswi Kuis, namun begitu Don Daniyal sudahpun berumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata. Tugas Ustaz Don di Kuis adalah sebagai seorang pensyarah. Disamping mengajar, beliau tetap aktif memberi kuliah agama di masjid al-Azhar. Lamunan ku terhenti tatkala seseorang mencuit bahuku dari belakang. Ku menoleh. "Siti kan?" sapanya. Aku mengiyakan pertanyaan dengan senyuman. Rupanya dia temanku dari sekolah lama. "Alhamdulillah, ada juga orang yang aku kenali di sini." aku bermonolog sendiri. Lalu kami duduk di suatu sudut di dalam dewan itu. Aku menceritakan apa yang bermain di fikiran ku sebentar tadi tentang Ustaz Don. Kawan ku ketawa kecil. Aku kebingungan melihat telatah kawan ku. "Apa yang lucunya Sarah?" tanyaku. Sarah hanya menghadiahkan sebuah senyuman manis seolah-olah ada sebuah cerita di sebalik senyuman itu. Perbualan kami terhenti di situ apabila ajk pendaftaran memanggil kami untuk berkumpul.

||adibah alias||teamwork||
||28 Februari 2016||10.00am||

No comments:

Post a Comment