Friday 20 November 2015

Aku cinta kau kerana Allah

Orang kata bila cinta
Perasaan rindu akan datang

Hari ini di malam menghitam,hati dalam dada tiba tiba terusik.

 Teringat kisah lama yang hanya dia dan Dia mengetahui. Hati sebak dengan rindu ini. Sebak yang hanya pada mereka yang pernah merasai dan akhirnya air mata mengalir tanda rindu yang mendatang.

 Senyuman,lawak bodoh dan segala memori kenangan bersama dia tertayang indah di dalam minda.

Orang kata bila cinta, 
Perasaan rindu itu akan datang

Dia bukan seorang yang hebat di mata dunia tapi cukup hebat untuk dikatakan mampu merembat satu hati yang Allah kurniakan pada diri ini. Masih terasa dirinya berdiri disisi menyanyi mengikut lagu yang diminati.

Kekasih, 
Kau temani hidupku 
Selalu ada di sisiku 
Betapa indah 
Bila bersama 
Selama lamanya

Tapi 

Kenapa perlunya menangis merindui si dia? Kalau iya pun rindu,cukup andai jantung mengepam kencang tanpa perlunya guguran air mata. Tanpa perlunya mata sepet pada keesokkan hari akibat banyak menangis.

Ada kisahnya...

Kami akhirnya berpisah. Menjauhi sesama sendiri dan melupakan semuanya. Semua kenangan di simpan.

Sebelum berpisah, Telefon tiba tiba terpusing pada sebuah lagu

Tuhan ku 
Hanya padaMu 
Ku serahkan jiwa ragaku
Sering aku merasa hampa 
Hanya padaMu tempat ku mengadu Ku berkata 
Syukur ku 
Keatas kurnian nikmatmu 
Tanpa Mu tiada daya ku

Saya tersenyum dan sempat mengalirkan air mata. Dan akhirnya kami berpisah selamanya. 

Masa terus berlalu tanpa henti dan pagi tadi selepas selesai melakukan kerja. Aku mengangkat takbir untuk menunaikan solat Dhuha.

Satu persatu ayat al fatihah di alunkan. Cukup indah cukup membuatkan diri aku tenang seketika. Cukup membuatkan diri aku berada diawang awangan. 

Lama aku sujud di atas sejadah yang terbentang,akhirnya sekali lagi aku menangis.

'Saya betul sayangkan awak wahai kesayangan. Moga sayang ini kekal selamanya'.

Hati berkata sendiri seolah bercakap di hadapan jasadnya sedangkan jasadnya sendiri entah ke mana. 

Dan akhirnya saya selesaikan solat Dhuha dengan penuh linangan air mata.

Rindu katakan.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat. Sengaja saya belek beberapa helai kertas dan terjatuh sehelai kertas tertulisnya sebuah kisah cinta agung.

...

Hatinya berdegup laju apabila terdengar nama seorang gadis yang ibadahnya dijaga rapi oleh ayahnya.

Mempunyai keperibadian tinggi,cantik dan seorang yang cekal hatinya. Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya.

Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Saidina Ali sedar bahawa dirinya tidak mempunyai apa apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya bekerja keras yang mungkin dapat merealisasikan cintanya.

Suatu hari,Allah mengujinya dengan perkhabaran bahawa Abu Bakar As Siddiq meminang Fatimah. Ali merasakan apalah dia jika dibandingkan dengan Abu Bakar. Abu Bakar lebih utama malah mempunyai keimanan dan pembelaan pada Allah dan RasulNya yang begitu tinggi.

Abu Bakar telah pun mengislamkan banyak bangsawan dan saudagar iaitu Uthman,Abdurahman,Thalhah,Zubair,Sa'd dan Mush'ab. Bagaimana pula Ali seorang kanak kanak yang kurang bergaul? Tiada.

Abu Bakar juga telah memerdekakan para hamba iaitu Bilal,Khabbab,Keluarga Yassir dan Abdullah. Bagaimana pula Ali? Tiada juga.

Maka,Fatimah pasti akan lebih bahagia jika beliau bersama dengan Abu Bakar.

'Ini persaudaraan dan cinta' ungkap Ali

Namun,masih ada sinar buat dirinya apabila pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk mempersiapkan diri.

Tapi,ujian itu bukan terhenti disitu,kali ini beliau telah mendengar perkhabaran lain bahawa Umar seorang yang gagah perkasa telah cuba untuk meminang Fatimah.

Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.

Ali mendengar Nabi berkata

'Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar,aku keluar berama Abu Bakar dan Umar,aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar''

Lihat betapa tingginya kedudukan Umar disisi Rasul sekali lagi Ali meredhakan kerana dia tahu Umar lebih layak daripanya

Tetapi, sekali lagi peluang buatnya terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Akhirnya Abu Bakar,Umar dan Sa'ad berbincang di dalam masjid berkaitan dengan puteri Rasul Allah. Akhirnya Abu Bakar bertekad untuk memujuk Ali agar meminang puteri kesayangan Rasulullah ini.

"Wahai Ali pergilah kamu kepada Rasulullah dan pinanglah Fatimah buatmu. Moga Allah dan Rasul menahan Fatimah untuk mu wahai Ali"

" Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi aku tidak mempunyai apa apa"

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali. Abu Bakar berkata:

“Ali,bagi Allah dan Rasul harta duniawi hanyalah debu semata mata”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Ali untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Dengan helaan nafas yang panjang dan kocakkan hati Saidina Ali menemui Rasulullah lalu berkata

“Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah adakah anda bersetuju dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Muka Rasulullah di saat iu berseri seri dengan lamaran Saidina Ali.Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib:

“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku yang tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

Dengan senyuman indah,Rasulullah menjawab

“ Aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja."

Dan di akhirnya perceritaan cinra agung ini Fatimah berkata kepada Ali

"Wahai Ali,maafkan aku kerana sebelum menikah dengan mu aku telah mencintai seorang pemuda"

Terkejut Ali mendengar pengakuan isteri terchenta lantas menjawab

"Terus mengapa dikau ingin bernikah dengan ku?''

Dengan muka merah dipipi Fatimah menjawab,

"Pemuda itu adalah kau"

...

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Dan sekiranya jalan cerita ini tidak akan dipertemukan kembali, Moga jalan cerita ini disambung dengan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Tiba tiba hati ini berkata

"Betul ke saya sayang awak kerana Allah?"

Persoalan ini menjengah iman saya. Betul ke saya cintakan awak sebagaimana cinta agung Ali dan Fatimah. Mampu ke saya bertahan pada masa perpisahan ini? Dan betul ke saya cintakan awak kerana Allah?

Ketika ini,air mata keluar mencurah curah. Sebak yang tak terkata.

"Apakah saya akan redha apabila Allah tetapkan awak dengan yang lain?'

"Dan adakah saya akan bersama Allah apabila Allah tetapkan kita pada jarak perpisahan ini tanpa penemuan kembali? Bangkit tanpa bantahan? Atau redha membawa diri?"

Ketika itu,sejujurnya saya rasa tidak mampu. Tidak mampu untuk lakukan apa yang Allah tetapkan. Dan pada saat itu,saya rasa saya gagal menjaga anugerah percikkan cinta Lillah. Saya rasa saya gagal untuk menjadi yang terbaik. Terbaik dikalangan yang terbaik.

Jika saya sendiri tidak mampu untuk menerima semua ini mampukah saya untuk ungkapkan kembali

"Saya cintakan awak kerana Lillah?"

Apakah benar saya cinta awak kerana Allah ....?" 

Ketika ini air mata mengalir laju, air mata terus mengalir deras sehingga kertas yang elok rupanya akhirnya renyuk dengan air mata. 

Ya Allah, apakah cinta yang Kau kirimkan ini sebenar-benarnya kerana-Mu?

 ... 

Ketika itu saya berazam.

Berazam untuk meredhakan dengan sebenar benar definisi cinta. Saya tetap akan mendahului Allah, saya tetapkan akan meletakkan Allah nombor satu dalam carta hati ini, saya tetapkan akan meletakkan cinta Allah sebagai prioriti melebihi cinta-cinta yang lain.

Aku cintakan kau kerana Lillah. Kalau hari ini kita berpisah kerana cintakan Tuhan,moga suatu hari nanti Tuhan persatukan kita dibawah keredaannya. Moga suatu hari nanti,kita mampu berbalas senyum di Jannah

C/p from :
Che Jilbab| 28.10.15             www.chejilbab.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment