Friday 20 November 2015

Tunggu .

Monolog hati ini cuma monolog yg tiada kaitan dengan hidup dan mati. 
Malah monolog ini bukan aku pemiliknya, entah siapa-siapa.
Pedulikan lah! hanya utk nasihat pada diri sendiri dan pembaca, semoga kita sama-sama kuat. Ingat, "Allah always with us."
**********^^^^^^*******************

"Ya, aku akan tunggu kau"

"Ingin sekali ucapan ini diungkapkan.

Walaupun aku tahu  "Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Dan sekiranya jalan cerita ini tidak akan dipertemukan kembali, Moga jalan cerita ini disambung dengan yang lebih baik daripada sebelum ini."

Kerana iman sudah lama tenat dek dosa yg dianggap ringan.
Kerana iman kalah dek nafsu yg terlayan.

Biarlah ungkapan ini sbgai asbab utk kita berhenti seketika.

Allah.

Biar cerita kita, "paused" di sini dahulu. Biarkan.
Kerana cerita ini ku pilih utk "paused". Bukan "stop".

Banyak asbab knp ku pilih paused.
Satu; kerana aku kasihkan diri sendiri.
Dua; kerana aku ingin hubungan yg diredhai
Tiga; kerana aku ingin kita sama-sama tingkatkan ilmu dalam hati. 

Agar aku dan kau x kalah dengan iblis di kemudian hari. 

Ya. Cukup dengan tiga asbab ini.

Aku tahu susah. Payah .
Tapi x salah utk kita cuba .

Utk kebaikan kita, x salahkan?

Sepuluh,duapuluh,tigapuluh,empatpuluh dosa aku lakukan.
Kadang dosa kecil, aku buat tak endah.
Sedangkan Tuhan dah berfirman dalam surah Luqman ayat 16 ;

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

O my son! surely if it is the very weight of the grain of a mustard-seed, even though it is in (the heart of) rock, or (high above) in the heaven or (deep down) in the earth, Allah will bring it (to light); surely Allah is Knower of subtleties, Aware;

Lihat, walau dosa kita sekecil zarah, pasti ia akan diperhitungkan. Masih belum terlambat utk bertaubat.
Ya. Masih belum! 
Biar, biarkan dulu perasaan ini terkubur.
Tunjuk pada iblis, yang kita ni siapa sebenarnya. Kita ini lebih gagah drpd mereka. Secara faktanya, tanah boleh memadamkan api. 

Sama-sama berazam,
Letak Allah nombor satu dalam carta hati.

Perlahan-lahan takpa, asalkan kita nampak betapa indah hasilnya.

Dengan izin Allah,
Jika tak dipertemukan di dunia, inshaAllah dipertemukan di syurga sana.

Last but not least
"Paused and wait"

Credit to : the man who want to be IMAM."


Akhir kata,
Hanya monolog tiada pemilik


No comments:

Post a Comment