Tuesday 24 November 2015

Sambungan "Langkah"

Aku diam seketika.
Suara lelaki td masih terngiang-ngiang. "Knp budak td diperlakukan seperti itu"

Senario tadi berlaku di masjid melibatkn seorang tok siak dan seorang budak lelaki yang kurang normal tapi msih waras akalnya. Mengikut pemikiran aku lah.

Kalau lelaki itu gila, mana mungkin kopiah berada di atas kepalanya, mana mungkin pakaian bersih pada badannya, mana mungkin seluar dilipat kemas bagi mngambil wudhu'. 
Allah, ampuni aku kerana hanya dpt memerhatikan kejadian td.

"Kau buat apa disini, solat kau tak sempurna, malah kau mengganggu saf solat di masjid ini, berambus kau! Kau hanya menyusahkan orang lain sahaja."

AllahuAkbar, Astaghfirullahalaziim. Ampuni dosa pakcik itu ya Allah.

Sungguh! Kesat,kelat,pahit kata-kata pakcik itu. Sekali dipandang seperti dirasuk jembalang mungkin. Kalau kata-kata tadi dilempar kepada ku yg mmpunyai tindak balas yg  cukup pantas, mungkin buku lima ini aku hadiahkan.

Gurau gurau.

Lalu budak lelaki itu, longlai langkahnya, keluar dari ruang utama itu. Ditarik seluarnya yg longgar, lalu mengangkat takbir. Terkumat kamit bibirnya melaungkan takbir, Allahuakbar!

Jatuh berderai air mataku. Hanya mmpu menyaksikan. Mana tidaknya. Seorang insan, yang Tuhan anugerahkan kelainan baginya. Authism barangkali. Gagah mendirikan solat fardhu. Malah ditambahnya lagi solat sunnat tahiyyatul masjid. Allah, sungguh hina diri ini.

Sungguh berani dilemparkan kata-kata kesat seperti itu kpd insan istimewa ini. Mungkin dia ingat, hanya solat orang yang sempurna sahaja diterima oleh Allah. Bukankah Allah berfirman dalam surah adz-Zariat  :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

And I have not created the jinn and the men except that they should serve Me.

"Dan tidak Allah jadikan Jin dan Manusia ini selain beribadat kpd Ku."

Kita siapa nak menentukan solat seseorang itu sempurna? 
Ingat, kita bukan Tuhan!

Jadi pengajaran daripada kisah ini, mari kita muhasabah kembali, apakah solat yg selama ini kita dirikan, sudah sempurna?
Wudhu' yg kita ambil, sudah ckup sempurna?
Dan janganlah kita ada rasa sombong dan bongkak terhadap kesempurnaan yg Allah beri kepada kita. Allah, ampuni dosaku.

Mungkin lelaki yg dilempar kata-kata kesat tadi, ahli syurga. Wallahua'lam.

Wassalam. 


No comments:

Post a Comment